CalaQaira Sweet Delights

CalaQaira Sweet Delights

keampunan daripada ALLAH

“Ya Allah ampunilah kami, kami ingin bersamaMu ya allah. Jangan Kau palingkan rasa nikmat, rasa bersyukur, rasa ingin beribadat kepadaMu, jangan Kau lalaikan kami, hilangkan rasa mengantuk kami, berikanlah kekuatan untuk meneruskan apa yang telah kami lakukan, Kaulah yang maha berkuasa ya Allah”
“Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami. Jauhilah kami dari perasaan riyak, takbur, sombong dan angkuh. Ya Allah Kaulah yang menciptakan kami, Kaulah yang memberi izin untuk kami menjadi manusia yang lebih baik di sisiMu. Aku lemah ya Allah. Aku Fakir ya Allah. Limpahlah rahmatMu, berikanlah taufik dan hidayahMu ya Allah. Pancarkan nur kasih-sayangMu ya allah”

Ya ALLAH, sesungguhnya, aku manusia biasa..
Manusia itu pelupa..
Maka, ingatkanlah aku, ya ALLAH..
Ingatkan hati aku agar tidak lupakan-MU..
Ingatkan jiwa aku supaya sentiasa dekat dengan kalam-MU..
Ingatkan aku tentang pertemuan aku dan ENGKAU..

Ya ALLAH..
Hindarkan dan jauhkan aku daripada perkara-perkara lagha..
Lupakan aku pada perbuatan-perbuatan dosa dan noda..
Kerana itu semua berpunca daripada nafsu diriku sendiri..
Yang hanya akan menutup mata hati dan telingaku dari kebenaran-MU..
Ampunkan aku, ya ALLAH!

"KADANGKALA kita sering mencari sedangkan kekeliruan telahpun terjawab ; kadangkala kita berlari sedangkan realiti sudah pasti ; kadangkala kita memikirkan sebuah kehidupan sedangkan alam kekal kita abaikan tanyalah pada diri NYATAKAH KITA BERDIRI ?"
its already 4.44am :|
 
[close]
| copyright©2010 reserved by www.calaqaira.blogspot.com |